Majlis Berbuka Puasa 2017

Assalamualaikum..

Hi lama sudah tak mengarang di blog. Terlambat tak untuk ucapkan Salam Ramadan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Entry kali ni nak ceritakan sedikit kisah dalam bulan Ramadan. Dua hari lepas iols hadiri satu Majlis Berbuka Puasa anjuran company vendor(Hatimuda Sdn Bhd). Pada mulanya iols memang keberatan sgt nak pergi sebabkan takde membe yang ngam pergi sama. Tp memandangkan hif ada, so Iols decide untuk pergi jela. Lagipun dah rezeki dapat makan free, tak baik tolak. Nak harapkan bayar sendiri, ntah bila merasa. Hehehehe

Dijadikan cerita pada hari tersebut, iols decide nak pergi bersama-sama dgn hif. Kali ni punya majlis agak berbeza tempatnya. Harap tidak mengecewakan sebab buat di Hotel PalmMall. Ramai kata situ sedap dan better dari tahun lepas. Hehe. So, seawal 5.30 petang iols dan hif dah gerak ke sana. Memandangkan fikir nanti susah nak cari parking. Bila dah sampai sana rasa mcm krik krik pula sebab sorang pun takde. Yg organize majlis pn belum sampai. Hahaha ! And parking pun kosong je. Hampa dan kecewa sebab weols parking bawah sekali lower ground floor. Choooi.

So weols pun duduk jela dekat meja yg disediakan sambil sembang2. Hmm. Tak lama lepas tu grouo finance pun dtg so iols decide duduk satu meja dgn diorang and ambil makanan. Tudia, memang macam2 jenis makanan. Rambang mata di buatnya. Dari laksa, spageti, yong taufu, kambing bakar, apam balik, nasi tomato, nasi putih, buah2 dan kuih, abc dan aiskrim. Fuhh macam2 jenis beb! Tu belum lagi ckp pelbagai jenis air hampir 15 jenis. Specialities kat sini adalah kambing bakaq dgn spageti/pasta yg dimasak panas2. Tp disebabkan iols tak berapa nak ada mood waktu tu, iols layan jela. Tak makan byk pun, ambil sekali je lepas tu makan sampai habis. Nk jenguk meja sebelah(hif) pun lupa sebab dpt makan. Hehe. Alhamdulillah kali ni perut iols okay, tak macam tahun lepas makan lepas tu sakit perut. Mmg makanan dia not bad, puas hati la kalau datang. Seronok tengok org makan tak henti2. Then lepak-2 makin lama org makin surut dan surut. Dah nak tutup dah hall tu, makan pun hampir habis, meja tgh dikemas takjugak balik-2. Pukul 9.30malam baru lah iols beransur balik gara-2 si hif yang asyik melepak. Itupun ajak balik baru lah dia bangun. Kalau tak, maunnya tutup mall tu baru nk balik. Lol.


    Apepun, memang satu peristiwa yang best juga lah. Walaupun tak seseronok tahun lepas. Disamping dapat makan, dapat juga merasa suasana berbuka kt hotel yg buka selalu dapat peluang mcm ni. Dan lagi satu specialnya, tahun lepas iols dgn hif datang sebagai org luar, tahun ni kami dtg sebagai tunang, insya Allah tahun depan sebagai suami isteri. Hikkk. Aminn.
So, iols sajikan sikit gambar kenangan malam tadi.

0 Comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More